Wednesday, February 1, 2012

MEMBELI & MENJUAL EMAS

Sesiapa yang berniat untuk menjual emas terpakai, lama, surat pajak, emas putih atau apa sahaja di dalam negeri Johor, bolehlah menghubungi saya

Tuesday, December 7, 2010

Mulakan langkah anda sepantas mungkin...

1. Para pembaca sekalian, boleh dikatakan semua pelaburan emas itu memang terbaik dan paling selamat berbanding pelaburan lain.
2. Ramai yang bertanya kepada saya Untung ke membuat pelaburan Emas. Jawapannya memang menguntungkan.Sebab-sebabnya ialah :
•Harga Emas purata naik 20-30 peratus setahun.Ini dibuktikan dengan kenaikan harga emas lebih dari 300 peratus dalam tempoh 10 tahun.
•Jika anda membeli pada harga rendah dan menjual semula apabila harga tinggi. Ini dinamakan Untung Pelaburan Jangka Panjang.
•Jika anda seorang peniaga emas/ejen emas anda akan untung bila harga emas naik serta menjual dan beli balik emas dari pelanggan anda.
•Anda harus bijak memilih. Bagaimanakah untuk memaksimumkan keuntungan dalam pelaburan Emas. Di sini saya senaraikan beberapa tip atau cara bijak memilih.
A.Melaburlah Emas dalam bentuk Emas Fizikal,bukan Emas dalam bentuk Akaun Simpanan Emas.Sebabnya Akaun Simpanan Emas tidak boleh dibuat gadaian dan bila anda keluarkan semua duit anda nilai emas anda juga turut hilang. dalam sistem muamalat Islam, syarat membeli emas ialah “beli emas dapat emas” bukannya beli emas dapat buku akaun simpanan.( Buku akaun ini saya nak pajak dimana ya?)
B. Pilih syarikat Emas Fizikal yang menawarkan harga segram yang paling rendah sekali. Ini bertujuan untuk memaksimumkan keuntungan anda bila anda menjualnya semula pada masa akan datang.
Telefon saya di 013-6167173 untuk keterangan lanjut..

Dr Azhari Othman (Bekas Tenaga Pengajar AF)

Adik angkat saya Mohd Faeez Bin Mazlan (Master Dealer PG www.uncangemas.net) bersama Dr Azahari Othman salah seorang master dealer Public Fine Gold.

Monday, December 6, 2010

PERBANDINGAN PELABURAN EMAS DI MALAYSIA

Terdapat beberapa catatan analisis berkenaan untung/rugi membeli emas di kedai emas atau di tempat-tempat lain. Berikut ialah sedikit rumusan yang dapat dibuat.

Kijang Emas

  • Boleh dibeli di cawangan Maybank tertentu
  • Spread 1oz (6%), 1/2oz (8%), 1/4oz (10%)
  • Tidak boleh lock harga
  • Tidak boleh booking
  • Perlu dapatkan sendiri di Maybank
  • Stok sering habis
  • Tidak akan beli semula jika tercalar

OUB

  • Boleh dibeli di OUB Utama sahaja
  • Spread berdasarkan 1oz : AUS Nugget (2%), Gold Maple Leaf (2%), Kinebar (2%), Pamp Gold (3.5%), Singapore Lion (2%)
  • Perlu dapatkan sendiri di OUB
  • Stok selalu habis
  • Mesti bawa resit asal masa jual balik
  • Tidak boleh buka sarung

Pamp Suisse

  • Boleh dibeli di kedai emas tertentu
  • Spread antara 10%-30% mengikut kedai
  • Buka sarung tolak harga

Bunga Raya

  • Hanya boleh dibeli dan dijual di Poh Kong sahaja
  • Spread 15%-25%
  • Buka sarung tolak harga

Barang Kemas

  • Boleh dibeli di mana-mana kedai emas
  • Harga tinggi berbanding pasaran
  • Spread 20%-40%

Dinar Emas Kelantan

  • Boleh dibeli melalui ejen berdaftar atau orang perseorangan
  • Stok terhad dan selalu kehabisan
  • Spread 10%-15%

Public Gold & Public Dinar

  • Boleh dibeli daripada mana-mana ejen.
  • Spread 5%-6% sahaja
  • Dijamin beli balik walaupun buka sarung, kemek, calar dan sebagainya asalkan berat masih sama
  • Boleh booking dan lock harga
  • Dinilai oleh assayer emas bertauliah
  • Disertakan dengan Certificate of Authenticity
  • Timbangan berat emas adalah 100% dijamin tulen

myMetro | Pelaburan emas

myMetro | Pelaburan emas

PETALING JAYA: Public Fine Gold international Sdn Bhd (Public Gold), memberi pilihan kepada orang ramai untuk membuat pelaburan dengan menggunakan emas sebagai aset pelaburan masa kini, sekali gus menjamin pulangan lebih tinggi pada masa depan.

Pengarahnya Dr Umar Ibrahim Vadillo, berkata, emas lebih baik daripada mata wang dan disebabkan itulah nilainya sentiasa bertambah.


Menurutnya, pelaburan dinar emas yang diketengahkan pihaknya adalah sebagai pengganti kepada pelaburan dalam bentuk mata wang masa kini yang tidak bersifat stabil dan bergantung kepada kedudukan ekonomi dunia.

Katanya, Public Gold menawarkan emas fizikal dalam bentuk jongkong dan syiling emas dengan kadar ketulenan 999.9 peratus selain dinar emas 916 yang boleh dijual mengikut harga emas antarabangsa.


“Kami bukan berhasrat untuk menggantikan penggunaan wang tunai sebagai pelaburan dengan dinar emas, sebaliknya adalah dengan memberi pilihan kepada orang ramai untuk melabur.


“Pelaburan dalam bentuk aliran wang mempunyai kelemahan kerana ia bergantung kepada nilainya yang kadangkala menyusut dan kadangkala meningkat,” katanya dalam sidang akhbar pada Seminar Keadilan Kewangan: Anda, Emas dan Dinar, di Petaling Jaya, kelmarin.

Hadir sama Pengerusi Eksekutif Public Gold, Louis Ng.


Umar yang juga Pengerusi Persatuan Dagangan Dunia Islam berkata, emas sudah lama digunakan masyarakat terdahulu dan dalam menghadapi krisis ekonomi, pelaburan dalam bentuk emas mampu menjamin masa depan seseorang itu.

“Di masa depan, kita tidak tahu apa yang berlaku terhadap nilai mata wang yang kita miliki kerana jika kita melabur dalam jumlah yang banyak sekalipun, jika nilainya jatuh, maka itu bermakna kita akan rugi,” katanya.


“Ini tidak berlaku kepada emas kerana kesan perang sekalipun tidak akan menyusutkan nilainya yang mempunyai permintaan di seluruh dunia,” katanya.


Sementara itu, dalam Seminar Keadilan Kewangan: Anda, Emas dan Dinar yang diadakan kelmarin, sebanyak tiga panel penceramah diundang membabitkan Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Hassanuddeen Abdul Aziz, Pengurus public Dina Sdn Bhd, Syukor Hashim dan Prof Madya Dr Mohamad Hakimi Ibrahim.


Seminar yang dihadiri kira-kira 300 peserta itu membentangkan kepentingan pelaburan dalam bentuk emas selain peranannya menghadapi krisis ekonomi dunia Orang ramai yang berminat untuk mendapatkan maklumat mengenai pelaburan dinar emas boleh melayari laman web www.publicjewellery.com.my atau dengan mengunjungi Public Fine Gold International Sdn Bhd, di 12E Ground Floor, Jalan Rumbia 11900 Bukit Jambul, Pulau Pinang atau menghubungi 04-6449999 mana-mana cawangan yang berdekatan

BISNES EMAS



Apa itu bisnes Emas...Telefon saya di talian 013-6167173

Modal Daftar Ejen 100k bermula Januari 2011

Salam semua, di harap anda berada dalam keadaan ceria selalu.
Di sini saya ingin maklumkan kepada anda semua, bahawa Modal untuk menjadi ejen Publicgold bermula januari tahun depan ialah RM 100k( seratus ribu).
Saya menyeru anda semua mengambil peluang menjadi ejen sehingga promosi tamat hingga akhir hujung tahun ini sebanyak 20k.
selain itu, komisyen bagi ejen dan master dealer akan dinaikan juga.
sekiranya anda berminat untuk menjadi ejen hubungi saya (AZMAN ZAKARIA) di talian 013-6167173
sekian untuk makluman anda