Thursday, December 2, 2010

Tidak ada duit?

Salam 1Malaysia, berdasarkan pengalaman saya, ramai di kalangan kita suka mengatakan kita tiada duit untuk membeli emas, dan kita mempunyai perkara yang lebih penting untuk dibelanjakan berbanding dengan pembelian emas, saudara-saudari sekalian, jika kita bersikap demikian,sampai bila pun kita tidak akan mempunyai duit yang cukup, jika kita perhatikan trend pasaran sekarang, dimana-mana kita akan menyaksikan penggunaan emas sebagai simpanan, sebagai hadiah menggantikan kereta, percutian dan juga wang tunai. Hakikatnya...

  1. Wang tunai boleh susut nilainya.
  2. Hadiah-hadiah boleh luput tarikh dan nilainya.
  3. Kereta semakin canggih. (Harga juga semakin turun)
  4. Percutian hanyalah mengurangkan duit perbelanjaan kita (Tiket kapal terbang pun sudah semakin murah)
Melaburlah dalam emas, jadikan emas sandaran hidup, belilah emas semasa harga sedang murah, kerana kita akan menyesal apabila nilainya berlipat ganda, saya sudah melakukannya, dan merasainya,jd saya ingin berkongsi pendapat dengan anda semua.

No comments:

Post a Comment